You Are Reading

0

PELANCARAN PUSAT LATIHAN SIMULASI DAN INKUBATOR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SERTA AGENSI PENGEMBARAAN & PELANCONGAN “UNIVERSITY TRAVEL CENTER (UiTC)”

Angeline Monday, December 4, 2017 , , ,

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Kampus Puncak Alam telah menandatangi MOU dengan pihak Sri Sutra Travel pada 2013. Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Pusat Latihan Simulasi dan Inkubator Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta agensi pelancongan yang dinamakan Universiti Travel Center (UniTC).

Tujuan penubuhan pusat latihan ini adalah untuk persediaan Work-Based-Learning (WBL) dimana pelajar akan bekerja sambil belajar di agensi pelancongan ini. Program 2u2i iaitu program belajar sambil bekerja yang memperuntukkan penuntut untuk belajar selama dua tahun dan menimba pengalaman dalam industri selama dua tahun. Selain itu juga, ia merupakan satu platform meningkatkan kadar kebolehpasaran (employability) pelajar kerana telah terlatih dengan susun atur bekerja di sebuah agensi dan pendedahan kepada cara operasi sebuah agensi untuk melengkapkan pelajar dalam persediaan menghadapi dunia pekerjaan.
Di samping itu, UniTC merupakan usaha sama dan kolaborasi diantara UiTM, sebuah institusi pengajian tinggi dan Sri Sutra Travel, agensi pelancongan dan pengembaraan. Sri Sutra Travel juga telah membangunkan satu system operasi yang diberi nama Travel Compute System yang boleh digunakan di pusat latihan tersebut.
Maka dengan ini, kami ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Perlancaran yang akan diadakan pada 6hb Disember 2017 bertempat di Kedai 2, Tingkat 4, Pusat Bangunan Satelit, UiTM Puncak Alam sempena Hot Tour Carnival 2017 anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. YBhg. Dato’ Prof. Dr Bakar, Rektor UiTM

Selangor and merasmikan Majlis pelancaran dan akan dihadiri oleh Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Profesor Dr Mohamad Abdullah Hemdi, Dekan-dekan Fakulti, pegawai-pegawai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Alumini UiTM.
 

Everydayfoodilove.coangeline-ong-yoga.blogspot.com. Thank you for reading our posts. Our team media coverage touches mostly on lifestyle events and focuses on happening scenes in Kuala Lumpur and Kota Kinabalu. Invite us for food reviews, travel and hotel reviews, KL clubbing reviews and product launches. Our other interests include the movies, technology and photography. Subscribe to my facebook page. Contact us via my email at: angel_line78@hotmail.com or monicaong@hotmail.com Best Blogger Tips

0 comments:

 
Copyright 2010 Everyday Food I Love