You Are Reading

0

Peserta Viper Challenge Berjaya Redah Shah Alam!

Angeline Tuesday, September 19, 2017 , , , ,


Lebih 10,000 peserta yang membanjiri Stadium Shah Alam berjaya mengatasi cabaran biarpun terpaksa menempuh beberapa halangan baru yang lebih unik serta mencabar dalam siri larian berhalangan Viper Challenge, Great Eastern Viper Arena 2017, Sabtu lepas. Diadakan buat tahun kedua berturut-turut di stadium kebanggaan Selangor itu, siri yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta diadakan pada sebelah malam. Sebelum ini, beberapa lokasi telah dijelajahi oleh Viper Challenge iaitu di Pulau Pinang, Johor, dan Genting Highlands.

Biarpun para peserta juga terpaksa meredah halangan dalam keadaan hujan, namun ia langsung tidak mematahkan semangat mereka yang bekerjasama melepasi halangan pada hari tersebut. Kumpulan peserta pertama dilepaskan pada pukul 6 petang, diikuti kumpulan berikutnya selang 30minit kemudian sehinggalah kelompok terakhir pada 3.30 pagi.
Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hadir melepaskan peserta kira-kira pada pukul 9 malam. Beliau diiringi oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, YB Elizabeth Wong, Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din serta wakil daripada Great Eastern Life Assurance Berhad.

Walaupun menjadi tetamu kehormat, Azmin ternyata ingin mencuba beberapa halangan yang disediakan kerana beliau sendiri teruja melihat struktur halangan dalam siri Viper Challenge ini. Beliau sempat mencuba salah satu halangan yang disediakan pada hari tersebut.

Azmin turut mengalu-alukan untuk memasukkan Cabaran Viper dalam kalendar pelancongan tahunan negeri kerana beliau berpendapat acara ini bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor pelancongan negara tetapi juga menyokong gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
Dengan memperkenalkan 6 halangan baru (Groin Splitter, Rope Crossing, Traverse Ladder, Suffering Ring, Flying Monkey dan Reach Around), para peserta terpaksa mengatasi semua 15 halangan dalam jarak 7km sebelum melintasi garisan penamat untuk mendapatkan pingat finisher dan kemeja-t khas.

Selain Viper Challenge, para pengunjung yang hadir pada hari itu turut disajikan dengan persembahan bunga api. Gerai Great Eastern LIVE GREAT juga menawarkan cetakan foto secara percuma dan pengunjung berpeluang untuk memenangi kad hadiah Starbucks di LIVE GREAT Fitness Challenge. Di samping itu, trak jualan makanan turut berada di lokasi.
“Stadium Shah Alam memberikan satu keseronokan dan cabaran seperti yang kita tahu, semua peserta telah melalui halangan pada waktu gelap. Viper Challenge menjanjikan kerjasama, disiplin, dan empati seiring dengan slogannya “Jangan Tinggalkan Sesiapa Di Belakang,” kata Selva Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Original Bootcamp Sdn Bhd.

Viper Challenge yang mendapat sambutan lebih 120,000 peserta tempatan dan antarabangsa sejak ianya dianjurkan pada tahun 2013 adalah disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Salah seorang peserta, Kavin Raj, 32, yang bekerja sebagai kerani pentadbir berkata dia seronok dapat mengambil bahagian dalam siri Viper Challenge di Shah Alam buat tahun kedua berturut-turut.

“Seronok dapat melihat Viper Challenge terus menyajikan pelbagai cabaran baru termasuklah beberapa halangan yang mencabar dan menyeronokkan. Saya harap akan dapat mengambil bahagian lagi pada tahun depan untuk mencuba halangan lain yang unik,” kata Kavin.

Seorang lagi peserta, Loh Yoke Seen pula memuji Viper Challenge yang baginya bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal tetapi mengeratkan hubungan antara peserta.

“Ya, ini adalah kali pertama saya menyertai Viper Challenge dan saya sangat gembira dapat melaluinya bersama rakan-rakan. Tanpa bantuan mereka, saya pasti tidak dapat menghabiskan cabaran ini. Secara keseluruhan, ianya satu pengalaman menarik dan begitu berbaloi dapat mengambil bahagian,” kata pegawai akaun berusia 23 tahun itu.

Great Eastern Viper Challenge 2017 dibawakan oleh Great Eastern Life sebagai sebahagian daripada Program LIVE GREAT mereka, iaitu program kesihatan bersepadu yang pertama oleh syarikat insurans di rantau ini.

Selepas berakhir di Shah Alam, para peminat Viper Challenge berpeluang mengambil bahagian dalam acara final siri larian berhalangan ini yang dijadualkan berlangsung di Cyberjaya pada Disember nanti.

Lupakan rasa takut, jadikan ia sesuatu yang mengujakan!

ABOUT VIPER CHALLENGE:
Viper Challenge is Asia’s Largest Obstacle Course Running event and is the brainchild of Original Bootcamp Sdn. Bhd. Started in 2013, has now become immensely popular with frequent sold out events and currently have over 120,000 enthusiasts participating in their events locally and internationally. Viper Challenge 2017 season kicked off in Singapore and will next make its way to Penang on March 25, 2017 before heading south to Johor on April 30, 2017 to complete the entry level. The mid-level leg kicks off with Great Eastern King of the Mountain on July 15, 2017 followed by Great Eastern Viper Arena, Shah Alam on September 9, 2017 before concluding with the Great Eastern Viper Challenge.

ABOUT GREAT EASTERN LIFE ASSURANCE (MALAYSIA) BERHAD
Great Eastern Life began its operations in 1908 as a branch office of The Great Eastern Life Assurance Company Limited. The Malaysian operations were subsequently transferred to a locally incorporated public company, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad under the Scheme of Transfer of Business. The Company was certified by The Malaysia Book of Records in 1998 as “The Oldest and Largest Life Insurer” in Malaysia.

With more than a century of experience and solid financial foundation, Great Eastern Life has RM70.1 billion in assets, over 3.0 million policies in force and a network of 17,000 agents nationwide as at 31 December 2015. To date, Great Eastern Life has 21 operational branch offices and products include life insurance plans, investment-linked plans, mortgage protection, business protection, employee benefits, medical insurance and group health benefit schemes. Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad is a wholly-owned subsidiary of Great Eastern Holdings Limited (GEH) and its ultimate holding company is Oversea-Chinese Banking Corporation Limited (OCBC). 

ABOUT GREAT EASTERN HOLDINGS LIMITED
Great Eastern is the oldest and most established life insurance group in Singapore and Malaysia. With S$68.1 billion in assets and over 4 million policyholders, it has three successful distribution channels - a tied agency force, bancassurance, and a financial advisory firm, Great Eastern Financial Advisers. The Group also operates in Indonesia and Brunei and has a presence in China as well as a representative office in Myanmar.

It was named Life Insurance Company of the Year at the Asia Insurance Industry Awards in 2011 and 2013 by Asia Insurance Review. The Great Eastern Life Assurance Company Limited has been assigned the financial strength and counterparty credit ratings of "AA-" by Standard and Poor's since 2010, one of the highest among Asian life insurance companies. Great Eastern's asset management subsidiary, Lion Global Investors Limited, is one of the largest private sector asset management companies in Southeast Asia.

Great Eastern is a subsidiary of OCBC Bank, the longest established Singapore bank, formed in 1932 from the merger of three local banks, the oldest of which was founded in 1912. It is now the second largest financial services group in Southeast Asia by assets and one of the world’s most highly-rated banks, with an Aa1 rating from Moody’s. Recognised for its financial strength and stability, OCBC Bank has been ranked Asean’s strongest bank and among the world’s five strongest banks by Bloomberg Markets for five consecutive years since the ranking’s inception in 2011.
For more information, please visit greateasternlife.com

ABOUT ORIGINAL BOOTCAMP SDN. BHD.:
Original Bootcamp Sdn. Bhd. is an outdoor-based group fitness training system. It is the first of its kind in Malaysia that offers a creative infusion / blend of heart-thumping HIIT (High-Intensity Interval Training), Cross Training, Kettlebell-inspired concepts and bodyweight drill progressions that are structured on the scientific principles of strength and conditioning. Led by a dedicated team of professionals made of Sports Science minds, certified strength and conditioning specialists and experienced trainers, the boot camp focuses on a variety of high-intensity workouts whilst implementing unique training tools such as tyres, ropes and sandbags. This group fitness training system takes place from Monday to Saturday with specific schedules in place for its venues at the KLCC Park, KL Padang Merbok and the PJ Padang Astaka. Original Bootcamp have previously conducted corporate trainings for Air Asia, New Straits Times, TV3, Maxis, Fly FM, Astro, Shell and Ambank to name a few. For further information, please log on to http://www.bootcamp.com.my/index.php

ABOUT MALAYSIA MAJOR EVENTS
Malaysia Major Events (MME) is a division of Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), an agency under the Ministry of Tourism and Culture, Malaysia (MoTAC). MME was established under the Government’s Economic Transformation Programme (ETP) to identify, promote, facilitate as well as support viable international events to be staged in Malaysia. With its main objective to enhance Malaysia’s economic growth and profile, MME is also tasked to identify and support major event bids for sports, arts, lifestyles and entertainment events and provide assistance to home-grown and home-hosted events in order to further strengthen Malaysia’s global appeal as the venue of choice for major events in the region. MME also acts as a conduit between the public and private sectors in ensuring seamless processes are achieved through synergistic relationships with diverse event stakeholders in staging successful events in Malaysia.
For more information, please visit www.mymajorevents.com.my and follow us on www.facebook.com/MyCEB , twitter @MyMajorEvents and Instagram @mymajorevents

Everydayfoodilove.coangeline-ong-yoga.blogspot.com. Thank you for reading our posts. Our team media coverage touches mostly on lifestyle events and focuses on happening scenes in Kuala Lumpur and Kota Kinabalu. Invite us for food reviews, travel and hotel reviews, KL clubbing reviews and product launches. Our other interests include the movies, technology and photography. Subscribe to my facebook page. Contact us via my email at: angel_line78@hotmail.com or monicaong@hotmail.com Best Blogger Tips

0 comments:

 
Copyright 2010 Everyday Food I Love