You Are Reading

0

OPPO BEKERJASAMA DENGAN ARTIS BERBAKAT– AYDA JEBAT

Angeline Saturday, October 3, 2015 , , , , , , ,


Kemunculan telefon pintar OPPO dalam muzik video pertama Ayda Jebat di YouTube, Siapa Diriku, telah mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat baru-baru ini. Pembekal perkhidmatan elektronik dan teknologi terkemuka di dunia telah mengumumkan kerjasama rasmi dengan artis berbakat untuk muzik video pertama beliau. Lagu ini telah dipopularkan apabila ia dijadikan salah sebuah lagu asal daripada drama terhangat, M.A.I.D.,yang telah disiarkan di Astro Ria.

Ayda memulakan kerjayanya sebagai seorang selebriti semasa menyertai rancangan reality terkemuka, Akademi Fantasia Musim ke-9. Kemunculan beliau dalam drama Love You 200% (2014) dan M.A.I.D. (2015) bersama dengan artis terkenal Zul Ariffin, telah mencipta peluang sebagai artis yang semakin meningkat di Malaysia.
Visual Ayda Jebat Dengan R7 Plus
Personaliti Ayda yang positif, ceria dan comel telah membawa sambutan daripada peminat-peminat yang kuat dan berdedikasi dalam tempoh masa yang singkat. “OPPO Electronics amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan artis berbakat seperti Ayda. Personalitinya yang muda dan bertenaga beliau merupakan contoh yang terbaik kepada mereka yang sedang berusaha untuk mencapai impian mereka. Selain imej yang positif dan personality yang menarik, Ayda merupakan personaliti yang paling sesuai untuk jenama kami,” kata William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Electronics.

OPPO Electronics meneruskan usaha mereka dalam menyokong bakat dalam pelbagai bidang, dan sentiasa berusaha untuk mencari bakat baru yang boleh mewakili golongan muda yang dinamik dan inovatif. Syarikat OPPO berharap bahawa mereka dapat menyaksikan kerjasama yang baik dengan Ayda.
“Sejak penubuhan kami, OPPO telah berikrar untuk menonjol dalam bidang elektronik. Dengan misi untuk menyinar di dalam industri yang sangat kompetitif ini, kami akan berusaha untuk meneroka setiap peluang yang diberikan. Oleh itu, kami melihat kerjasama dengan Ayda sebagai sokongan motivasi bersama dalam menggalakkan lebih ramai bakat dalam penerimaan cabaran, dan berharap untuk menyemai darah baru melalui kerjasama ini,” kata William.
Di samping itu, Ayda Jebat juga telah muncul dalam Buletin Utama TV3 pada Khamis, 17 September 2015, untuk kongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite. Kerjasama dengan OPPO Electronics akan mengukuhkan kedudukan jenama OPPO di kalangan pengguna melayu.

Dalam beberapa tahun ini, OPPO telah mencapai populariti dunia melalui kerjasama dengan jenama antarabangsa. Ini termasuk kerjasama terbaru dengan FC Barcelona dan America’s Next Top Model. Pada tahun 2015, syarikat ini telah menjejakkan jenama mereka di lebih daripada 20 negara. Usaha OPPO dalam mencari kejayaan dalam pasaran Malaysia telah membuahkan hasil dengan pelancaran terbaru siri R7. Dengan Ayda sebagai penambahan portfolio, syarikat ini akan membawa perkembangan pasaran di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayda serta kerjasama beliau dengan telefon pintar OPPO, sila layari platform sosial media beliau:
Facebook : https://www.facebook.com/aydajebatfanpage
Instagram : AydaJebat
Twitter : Ayda_Jebat
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau layari:
OPPO Malaysia official Hotline : 1800-88-6776
OPPO Malaysia official Website : http://www.oppo.com/my/
OPPO Malaysia official Facebook : https://www.facebook.com/malaysiaoppo

ABOUT OPPO
OPPO is a global electronics and technology service provider that provides customers with the latest and most exquisite electronic devices and mobile internet service in over 20 countries such as the United States, China, Australia and many other countries in Europe, Southeast Asia, South Asia, the Middle East and Africa. OPPO is dedicated to delivering customers with the most delightful electronic experience that is full of surprises through meticulous designs and smart technology. For more information, please visit http://global.oppo.com.

Everydayfoodilove.coangeline-ong-yoga.blogspot.com. Thank you for reading our posts. Our team media coverage touches mostly on lifestyle events and focuses on happening scenes in Kuala Lumpur and Kota Kinabalu. Invite us for food reviews, travel and hotel reviews, KL clubbing reviews and product launches. Our other interests include the movies, technology and photography. Subscribe to my facebook page. Contact us via my email at: angel_line78@hotmail.com or monicaong@hotmail.com Best Blogger Tips

0 comments:

 
Copyright 2010 Everyday Food I Love